Tempahan & Proses
1. ISI BORANG TEMPAHAN
Isikan borang tempahan yang boleh didownload dari website Ilham Kasih. Sertakan sekali dengan lakaran peta. Setelah borang dihantar pihak Ilham Kasih akan menghubungi anda. Sekiranya dalam tempoh 24 jam anda masih belum menerima sebarang panggilan sila hubungi pihak Ilham Kasih di talian 012-6613634
2. EMAIL
Emel borang serta peta kepada Ilham Kasih di
ilhamkasihonline@yahoo.com
*PERHATIAN: Sila pastikan anda email pada alamat email yang betul. Pastikan anda lampirkan peta. Pihak Ilham Kasih tidak akan memulakan proses membuat artwork jika lampiran tidak lengkap.
3. DEPOSIT
Buat pembayaran artwork RM50 sebagai deposit permulaan ke akaun Ilham Kasih.
1. MAYBANK BERHAD
Nama : Ismail B. Adam No. akaun : 162384693623
2. BANK ISLAM
Nama : Ismail B. Adam No. akaun : 09010020272763
PERHATIAN: Ilham Kasih tidak akan memulakan proses rekabentuk jika pembayaran deposit belum diterima. Salinan slip pembayaran hendaklah diemailkan kepada Ilham Kasih sebagai bukti pembayaran. (Sila letak nama pasangan dan tarikh perkahwinan untuk rujukan). Tempahan anda akan diproses setelah PEMBAYARAN DEPOSIT RM50 dibuat. DEPOSIT TIDAK AKAN DIPULANGKAN JIKA ANDA MEMBATALKAN TEMPAHAN SETELAH REKABENTUK SIAP DIBUAT.
4. REKABENTUK KAD KAHWIN
Rekabentuk kad kahwin akan disiapkan dalam tempoh 3-7 hari bekerja. Setelah rekabentuk siap, pihak Ilham Kasih akan menghantar email rekabentuk kad kepada anda. Pihak Ilham Kasih akan menghubungi anda selepas rekabentuk dihantar.
5. SEMAKAN, PEMBETULAN DAN DEPOSIT KEDUA
Pelanggan perlu menyemak dengan teliti isi kandungan dan peta kad kahwin. Hubungi pihak Ilham Kasih jika terdapat kesalahan untuk pembetulan. Selepas pembetulan telah dibuat, pelanggan perlu membuat pembayaran sebanyak 50% dari jumlah harga keseluruhan kad. Sila emailkan slip pembayaran kepada Ilham Kasih.
*PERHATIAN: Pelanggan hanya boleh membuat pembetulan & perubahan sebanyak 2 kali sahaja. Sila periksa dengan teliti isi kandungan kad kahwin. ILHAM KASIH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESALAHAN PADA ISI KANDUNGAN YANG TELAH DISEMAK OLEH PELANGGAN. BAYARAN AKAN DIKENAKAN JIKA PELANGGAN HENDAK PINDAAN DRASTIK SEPERTI TUKAR PETA LOKASI BARU ATAU REKABENTUK KAD.
6. PROSES PERCETAKAN
Proses percetakan akan dimulakan selepas menerima deposit kedua sebanyak 50% dari jumlah harga kad dan rekabentuk yang telah dipersetujui. Tempoh percetakan akan mengambil masa 1-2 minggu. Pihak Ilham Kasih akan menghubungi anda setelah kad siap dicetak.
7. PEMBAYARAN TERAKHIR
Bagi pelanggan di kawasan Lembah Klang, bayaran boleh dijelaskan semasa penghantaran/pengambilan kad. Bagi pelanggan selain dari Lembah Klang, bayaran selebihnya perlu dijelaskan sebelum penghantaran kad.
** Deposit RM 50 akan ditolak dari jumlah harga kad
*** Anda dinasihatkan untuk menyemak semula borang tempahan bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Pihak Ilham Kasih tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan maklumat atau ejaan setelah kad siap dicetak.