Pengenalan
Sejak dari dulu lagi kad kahwin telah digunakan untuk menjemput saudara, sahabat handai serta tetamu untuk menghadiri ke majlis perkahwinan. Ia juga sebagai tanda pemberitahuan perkahwinan yang akan berlangsung. Tidak dapat dinafikan lagi peranan kad kahwin di dalam majlis perkahwinan terutama di dalam budaya masyarakat melayu.
Kad kahwin sudah menjadi alat perutusan utama untuk menjemput para tetamu menghadirkan diri pada majlis tersebut. Justeru pelbagai jenis kad kahwin yang terdapat di pasaran yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing.
Maka itu, lahirlah Ilham Kasih antara beratus-ratus pengeluar kad kahwin yang menawarkan rekaan yang untuk memenuhi pasaran kad kahwin di Malaysia serta kehendak pelanggan yang inginkan kad kahwin yang cantik dengan harga yang berpatutan.
Ilham Kasih menggunakan konsep online dalam mempromosi produk kad kahwin. Ini kerena laman web Ilham Kasih dapat dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia dengan hanya duduk dihadapan komputer atau laptop. Ia bukan saja mudah malah menjimatkan masa kepada mereka yang sentiasa sibuk dalam tugas harian.
Sebagai salah satu pengeluar kad kahwin bumiputera, Ilham Kasih ingin menempatkan diri antara pengeluar kad kahwin yang dikenali ramai. Bukan sahaja dari kualiti kad malah dari segi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan yang dapat memberi kepuasan apabila berurusan dengan Ilham Kasih.
Diharap Ilham Kasih akan terus maju dan mendapat sokongan dari anda semua. Terima Kasih.

Trackback this post